Post kali ni panjang sikit (macam lah yang lain tak panjang kan 😄), sebab nak share pengalaman masa kerja makan gaji dulu — dan apa yang aku buat untuk naikkan pendapatan aku daripada RM 1,900 sebulan masa mula kerja dengan (TNB) sampai RM 25,000 sebulan pada tahun terakhir aku makan gaji (2014).
Majikan Pertama — TNB
Aku dapat biasiswa untuk sambung belajar dekat (MIT). Kalau nak bayar sendiri memang tak mampu. Disebabkan dapat biasiswa TNB, aku kena serve bond.
Masuk TNB melalui Program Eksekutif Pelatih (PEP) batch Mac 2004 (PEP 18). Lepas orientasi, aku ditempatkan di (TNBR) Bangi.
Gaji masa tu: RM 1,900 sebulan. Tiada elaun.
Antara keputusan penting yang aku buat:
1. Minta tukar department daripada R&D ke Strategic Planning & Marketing sebab nampak exposure lebih luas. Tahun pertama dah boleh join management meeting, board session, strategic review dengan top management — peluang yang mungkin tak dapat kalau kekal buat research.
2. Ambil ISO 9001 Internal Auditor — belajar SOP dan teknik audit.
3. Ambil role tambahan sebagai Document Controller — dapat elaun ±25% gaji (tapi kerja memang bertambah).
Aku stay TNBR sampai awal 2007. Gaji terakhir sebelum keluar: RM 2,550.
Majikan Kedua — (PwC)
Aku keluar TNB sebab rezeki tak panjang di sana (kisah ni aku pernah share sebelum ni).
Masa apply kerja, aku target dua arah:
- Engineering (contoh: Alstom)
- Management consulting
PwC offer RM 3,250. Aku nego match offer lain jadi RM 3,500. Mereka siap offer buy-out notice period TNB. Aku accept.
Hari pertama kerja PwC, baru Alstom call nak offer. Tapi aku dah commit dengan PwC.
Dekat PwC aku pilih specialize dalam HR consulting. Masa tu Idris Jala tengah jadi rujukan ramai orang — beliau pernah cerita exposure HR bantu kerjaya beliau sampai jadi CEO. Itu antara inspirasi aku.
Strategi aku dekat PwC:
- Ambil sebanyak mungkin project
- Sebab setiap project = skill baru + klien baru + team baru
Dalam 3 tahun aku terlibat hampir 20 projek (pernah buat 4 projek serentak).
Director aku, Chin Han, pernah bagi nasihat yang aku ingat sampai hari ni:
«Awal kerjaya, fokus pada development, bukan gaji. Anggap kita dibayar untuk belajar. Bila dah ada skill, market akan bayar kita.»
2008: Promotion Assistant Manager
Gaji naik RM 3,500 → RM 5,000
Keluar setahun kemudian dengan gaji ± RM 5,500.
Majikan Ketiga — (EY)
Join sebab:
1. Referral kawan (siap share referral fee 😄)
2. Offer Manager + peluang setup HR consulting team
Gaji: RM 7,000
Aku stay 9 bulan sahaja sebab plan setup tu tak jadi seperti dijanjikan dan nak tunggu confirmation untuk dapat referral tu.
Majikan Keempat — (Oman)
Dalam tengah cari kerja, aku dapat peluang project 6 minggu di Oman:
- Bayaran RM 21,000
- Semua kos ditanggung
Aku accept sebab nak test market value diri di luar negara.
Project siap 5 minggu → klien happy → offer kontrak setahun:
- 2,000 OMR (~RM 20,000) sebulan
- Kos rumah & kereta sendiri
Umur masa tu: 29 tahun nak masuk 30.
Ini turning point penting — aku sedar skill yang aku bina memang transferable global.
Majikan Kelima — (TalentCorp)
Dalam proses nak balik Malaysia, aku dapat call dari En Azman untuk jumpa.
Cerita ringkas:
Pergi lunch pakai jeans + selipar. Lepas lunch terus dibawa ke pejabat. Isi borang. 30 minit kemudian jumpa bakal CEO TalentCorp
Beberapa bulan lepas tu:
Offer kontrak 6 bulan:
- Gaji RM 11,200
- EPF 19%
- Company belum wujud lagi masa tu
Aku accept sebab:
Peluang build organisasi dari kosong.
Feb 2011: Diserap sebagai Senior Manager
Gaji: RM 13,000
Setahun kemudian:
GM resign → beliau recommend aku ambil role beliau
Gaji naik ke:
RM 19,000 (probation GM level)
Beberapa tahun kemudian:
Gaji capai RM 25,000 sebulan (2014)
Kalau aku terus makan gaji, masa tu ada offer RM 35,000+.
Apa yang aku belajar daripada perjalanan ni?
1. Career acceleration datang dari exposure, bukan sekadar pengalaman tahun.
2. Awal kerjaya, skill > gaji.
3. Ambil peluang yang orang lain tak nak ambil.
4. Relationship yang baik akan buka pintu rezeki yang kita tak sangka.
5. Bila competence naik, income akan ikut.
Betullah nasihat dulu:
Fokus bina skill dan competency dulu. Duit akan datang kemudian.
Kredit: Rafiq Hidayat Mohd Ramli
No comments:
Post a Comment