Thursday, February 19, 2026

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tapi kena Korek Salah pula Sampai Kena Buang Kerja

Kau hidup berjuang untuk syarikat sungguh-sungguh, ingatkan dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang), tapi kena korek salah pula sampai kena buang kerj4.

Kita cuba letakkan diri kita sekejap sebagai seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak. 

Di bahu kita terpikul beban untuk memastikan ada makanan di atas meja dan bumbung di atas kepala mereka. 

Kita pula masuk kerja hari itu dengan harapan untuk menyelesaikan tugas seperti biasa, tetapi tiba-tiba, rakan sekerja kita berhenti serta-merta.

Pengurus atasan? 

Senyap. Tiada bantuan dihantar.

Kita pula kena sidai sendirian dalam cawangan restoran makanan segera yang memang terkenal dan ramai orang, dari pagi sampai malam selama 12 jam.

Agak-agak, perit tak?
...

Inilah realiti perit yang dilalui oleh Nykia Hamilton, seorang pengurus syif di Burger King di Columbia, Carolina Selatan.

Walaupun berlaku tahun lepas, inilah antara yang sering berlaku pada cawangan-cawangan makanan segera yang popular tapi pekerjanya kurang.

Dan masih ada berlaku, termasuk di Malaysia...
...

Selama syif yang panjang, Nykia bukan sahaja seorang pengurus.

Dia adalah tukang masak yang membalikkan daging di dapur.

Dia adalah juruw4ng yang mengambil pesanan di kaunter. 

Dia adalah suara di corong pandu lalu yang tidak henti-henti berbunyi.

Dia lari ke sana sini, sendirian mengemudi sebuah restoran makanan segera yang sibuk, tanpa sesaat pun untuk menarik nafas lega.

Peluh membasahi dahi, kaki mungkin sudah kebas berdiri, namun dia tetap tersenyum dan melayan pelanggan. 

Mengapa?

Kerana di fikirannya hanya satu...

"Anak-anak aku perlukan pekerjaan ini."
...

Allah itu Maha Adil kepada semua manusia sama ada Muslim mahupun tidak.

Dia menghantar "saksi", iaitu seorang pelanggan ke dalam cawangan Nykia bekerja itu

Pelanggan bernama Nicole Struggle itu, yang berada di sana tergamam melihat kegigihan wanita ini. 

Nicole merakam video Nykia yang sedang bertungkus-lumus sendirian, bukan untuk memalukan, tetapi kerana kagum dengan etika kerja luar biasa wanita ini.

"Tengok wanita ini, dia buat semuanya seorang diri. Tiada sesiapa lain di sini,"..

Lebih kurang begitulah naratif yang tersebar apabila video itu dimuat naik ke media sosial.

Dunia tersentuh. 

Netizen dari seluruh pelosok dunia memuji ketabahan Nykia. Dia digelar "hero pekerja", simbol dedikasi seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga.

Sebab, bukan senang nak kerj4 dalam industri makanan segera. Orang nak cepat, pelanggan nak laju.

Kalau kita temp4h di kaunter pandu lalu pun, tak ada orang tanya kita nak pesan apa, tentu-tentu kita dah rasa geram dan berasap.

Lama tunggu pesanan, lagilah mulut kadang-kala ringan aja nak maki staf yang uruskan.

Satu industri yang penuh dengan tekanan melibatkan kompetensi dalam menyediakan makanan yang laju, efisien dan tentulah sedap.
...

Namun, pujian dunia maya kepada Nykia, tidaklah senada dengan tindakan majikan di dunia nyata.

Tidak lama selepas video itu tular, dan memaparkan realiti sebenar pengurusan restoran tersebut, Nykia menerima khabar yang meremukkan hati.

Daripada diberi penghargaan atas pentas atau kenaikan pangkat ke lebih atas, dia dipecat.

Alasan mereka? 

"Isu kehadiran." 

Pihak pengurusan mendakwa Nykia kerap datang lewat.

Nykia tidak menafikannya. 

Sebagai ibu tunggal yang berpendapatan rendah, dia tidak mampu mengupah pengasuh.

Kerapkali dia datang lewat adalah kerana menguruskan anak-anaknya dahulu dan barulah datang ke tempat kerja.

Nykia menegaskan...

"Anak-anak saya adalah keutamaan saya."

Tetapi bagi orang ramai, alasan 'kehadiran yang kerap lewat' itu hanyalah helah. 

Ia kelihatan seperti hukuman kerana "membuka pekung" syarikat secara tidak sengaja.

Kecaman dan kutukan pada syarikat yang membuang Nykia terus menerus disajikan di media sosial.

Bagaimana mungkin seseorang yang sanggup bekerja 12 jam tanpa henti sendirian, dibuang begitu sahaja?
...

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Di saat pintu rezeki Burger King tertutup, pintu rahmat lain terbuka luas dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Kemarahan netizen bertukar menjadi gelombang kasih sayang. Satu tabung GoFundMe dilancarkan untuk Nykia.

Orang ramai yang tidak pernah menemuinya, yang hanya melihat ketabahannya melalui skrin telefon, mula menyumbang. 

10 dolvr
50 dolvr
100 dolvr

Dalam masa yang singkat, jumlah sumbangan mencecah lebih 120,000 dolvr.

Nykia, yang asalnya hanya mahu mencari rezeki halal untuk anak-anaknya, kini mempunyai modal untuk memulakan hidup baru yang lebih stabil, jauh daripada majikan yang tidak menghargai titik peluhnya.

Kisah Nykia Hamilton bukan sekadar cerita tentang Burger King.

Ia adalah cermin kepada realiti pekerja bawahan yang sering ditindas, dan bukti bahawa apabila sistem gagal melindungi kita, kuasa kemanusiaan dan solidariti masyarakat mampu menjadi penyelamat.

Seperti kata orang tua-tua kita dulu, "Buat baik dibalas baik." 

Nykia buat kerja dengan ikhlas walau ditindas, dan akhirnya, Tuhan mengangkat darjatnya di mata dunia.

No comments:

Post a Comment