Showing posts with label sample of farewell letter - bahasa. Show all posts
Showing posts with label sample of farewell letter - bahasa. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Sample of Farewell Notes #17

Assalamualaikum semua,

Hari ni merupakan hari terakhir saya bekerja di [nama syarikat] setelah berkhidmat hampir XX tahun di sini. 

Banyak kenangan, pengalaman yang telah mendewasakan diri saya sepanjang berada di [nama syarikat] 

Pertama sekali saya nk ucap terima kasih kepada [Nama] , atas tunjuk ajarnya telah banyak mematangkan diri saya dalam dunia pekerjaan. 

Terima kasih jugak buat semua yg nama saya xsebut.

Buat sahabat saya di [Jabatan], kita dah macam satu family,segala susah senang kita kongsi bersama. 

Hope selepas ni kita akan terus rapat seperti sekarang.

Saya nak mintak maaf kalau ada buat silap dan saya harap  anda semua tabah menghadapi dugaan hidup, kalau ada salah cakap ke apa ke dan kalau ada termakan terminum mintak halalkan. 

Rezeki dari Allah yang kita pun tak sangka.

Hope [nama syarikat] akan dilimpahi rezeki yang lebih lagi untuk tahun depan.

Note: kalau ada apa2 nk tnya sy sedia utk dihubungi.

Wednesday, October 30, 2013

Sample of Farewell Notes #15

Assalamualaikum,

Buat pengetahuan semua, hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat di [nama syarikat] . Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar, dorongan dan nasihat yang diberikan sepanjang perkhimatan saya disini terutamanya [Nama] dan [Jabatan]. Jutaan terima kasih juga kepada [Nama] kerana memberi peluang kerjaya serta ilmu yang bermanfaat. Tak lupa juga kepada rakan-rakan [nama syarikat]  yang lain yang banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan seharian.

Minta maaf jika ada sebarang kelakuan atau terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja. Harap dihalalkan segala makan dan minum. 

Semoga berjumpa lagi. 

Wassalam
Salam ikhlas, 
[Nama]

Wednesday, October 23, 2013

Sample of Farewell Notes #14

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai tenaga kerja [nama syarikat] sejak setahun yang lalu. terima kasih saya ucapkan kepada  semua tenaga kerja [nama syarikat] yang memberi tunjuk ajar dan kerjasama yang baik  sepanjang saya berada disini dalam menjalankan tugasan yang telah  diamanahkan.



Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga kerja [nama syarikat] atas segala silap dan salah yang telah saya lakukan secara terang mahupun terselindung sepanjang saya berada disini dan juga dihalalkan yang mana-mana terambil, tak sengaja,termakan, terminum dan yang berkaitan dengannya.



Dengan ini saya mengundur diri dari jawatan saya sebagai [jawatan] dari [jabatan] untuk [nama syarikat]


Sekian Terima Kasih


Sunday, April 28, 2013

Sample of Farewell Notes #13


Salam Buat Semua,

Hari ni saye last sebagai pekerja di (nama syarikat), oleh itu saye nak ambil kesempatan ni untuk meminta maaf kepada semua kalau ada salah silap saye sepangjang saye kerja dekat (nama syarikat) ni, dan ucapan terima kasih kepada semua atas jasa baik dan kerja sama yang diberikan sepangjang saye bekerja disini terutama team (senarai jabatan dan krew projek) dan semue yang pernah berkerje dengan saye...

Terima Kasih and I wish you all continued success in all your endeavours. 

Tuesday, December 27, 2011

Sample of Farewell Notes #5

Salam sejahtera kepada warga [nama syarikat yang bakal ditinggalkan] .

Hari ini merupakan hari terakhir saya di [nama syarikat yang bakal ditinggalkan] . Sepanjang [ X?? ] tahun bekerja disini adalah satu pengalaman kerjaya yang paling berharga dan tidak mungkin saya dapat lupakan terutama kawan-kawan seperjuangan yang rata-rata sekepala dan berdedikasi terhadap kerja masing-masing.

Walaupun kerjaya di [nama syarikat yang bakal ditinggalkan] sudah berakhir tapi persahabatan yang sudah terjalin semoga kekal berpanjangan.

Maafkan di atas sesilapan dan kekasaran saya yang mungkin menyinggung hati dan perasaan dan terimakasih di atas segalanya dan insyallah berjumpa lagi di masa akan datang

YANG MENULIS .

[Nama anda]

[Butiran Peribadi anda]