Tuesday, November 3, 2026

Kenapa Kena PIP Bila Tukar Jabatan?

Hari ni teman kawan pergi JPP. Dia dah kerja nak masuk 11 tahun. Tiap tahun sepanjang 10 tahun dapat increment dan bonus. Beberapa kali naik pangkat/grade. Tapi hujung tahun lepas di tukar ke unit baru, bos baru. Lepas 4 bulan diletak bawah PIP.

Lepas 5 bulan di terminate sbb PIP tak lepas. Kesian. Kerja teruk dan bagus sepanjang 10 tahun pun tak berguna kalau company dah memang plan nak kurangkan pekerja. Tapi yg lagi kesian, setelah 10 tahun performance bagus, hujung2 di label sebagai non-performing. Semoga dipermudahkan segalanya buat dia.

Sambungan.... Kita paham pergi sana memang kena ada bukti. Pegawai yg handle belum apa2 dah siap cakap "Syarikat boleh buang pekerja kalau pekerja tak perform". Astaghfirullah... Belum apa2 kau dah dimotivate and merendahkan kawan I. I think u people need to go and learn how to talk.

Dah la orang2 yg pergi ke JPP tu hilang kerja, maybe they all tgh struggling financially, mentally, mana tau kena support keluarga lagi. Sedih dengar😔. Punya la banyak orang file kes sekarang, takkan JPP takde data menunjukkan kes2 dalam tahun ni. Berapa banyak meningkat orang2 hilang kerja. Kita bukan suka nak gi pejabat JPP tau 😢


No comments:

Post a Comment