Hujung minggu lalu, saya diamanahkan Boss untuk buka booth Karnival Kerja MyFutureJobs x Oil & Gas, memandangkan syarikat tempat saya bekerja ini ada kaitan dengan industri Oil & Gas.
Tugas saya sebenarnya simple saja, terima resume, buat penapisan calon dan buat basic sesi interview.Tapi sepanjang 2 hari tu, saya banyak berjumpa dengan pelbagai jenis calon.Yang datang drop-off resume.Yang datang bertanya.Yang datang betul-betul memohon kerja.
Dan kebanyakannya bukan calang-calang calon. Ramai daripada dorang berlatarbelakangkan Engineering.Tapi jujurnya, sepanjang 2 hari tu, bukan calon saja yang saya interview.
Saya rasa macam diri saya sendiri pun sedang “di-interview” oleh kehidupan.
Memandangkan isu gaji RM3,100 yang hangat diperkatakan sekarang, beberapa hari ni saya mula terfikir balik tentang apa yang saya lalui sepanjang menjalankan sesi interview tersebut.
Ada beberapa peristiwa yang betul-betul menyentuh saya:
“Hai Miss, Miss saya background Mechanical Engineering. Apa jawatan yang saya boleh mohon yang berkaitan dengan bidang saya? Btw, saya bukan fresh graduate Miss. Sekarang saya kerja di syarikat logistic sebagai kerani. Tapi sebolehnya saya mahu masuk balik bidang yang berkaitan dengan sijil saya.”
Ada lagi datang dan bertanya,
“Miss, saya mau mohon sebagai XXXXX. Saya tiada sijil tapi pengalaman saya banyak. Lagipun kalau saya mau ambil sijil sekarang, dengan umur saya macam ni, macam makan masa juga. Jadi kalau saya mohon XXXXX, boleh ka tanpa sijil?”
Lepastu ada calon yang buat saya terdiam sekejap.
“Hai Miss, saya just mau tanya, kamu ada ka apa-apa jawatan yang berkaitan Chemical Engineering? Btw, saya sebenarnya salah seorang Protégé PETRONAS. Saya terima biasiswa PETRONAS. Tapi sekarang PETRONAS tidak sudah macam dulu yang bagi jaminan kerja selepas graduate. Lagipun dorang sedang downsizing. Even pekerja yang sedia ada pun banyak yang diberhentikan sudah.”
Datang pula 1 calon ni…
“Hai Miss, saya Engineering. Saya baru saja balik dari oversea. Saya datang Karnival hari ni pun sebab I wish I can work di Sabah. Penat sudah berjauhan dengan family. Any job, as long as it's related to my field.”
Dan ada juga seorang pensioner yang datang bertanya,
“Miss, ada ka apa-apa ja la jawatan yang saya boleh kerja? Department keselamatan ka... sebab saya Army pensioner sebenarnya.”
Kalau mau cerita habis, rasanya tidak cukup ruangan ni.Tapi inilah antara perkara yang betul-betul buat saya terbuka mata.Dalam hati saya berdialog sendiri,
“Juleesan... tinguk la. Berapa banyak orang yang betul-betul perlu kerja tapi tidak ada peluang. Semua datang dengan background yang hebat-hebat. Sementara ko masih mengeluh banyak kerja... mengeluh itu, mengeluh ini...”
Saya baru sedar…..Sementara kita mengeluh sebab kerja kita penat, ada berjuta-juta orang di luar sana yang sedang struggle mencari kerja.Sebut la apa saja semua ada..Ada yang sudah bertahun-tahun cuba masuk bidang yang dorang belajar.Ada yang sanggup kerja di luar bidang sebab yang penting ada pekerjaan.Ada yang balik dari luar negara sebab mahu dekat dengan family.Ada yang pernah terima biasiswa yang hebat pun, tapi akhirnya masih perlu mencari peluang pekerjaan.
Dan ada yang sudah pencen, tapi masih mahu bekerja sebab mungkin masih ada tanggungan dan keperluan hidup.Dan tiba-tiba saya terfikir...Berapa ramai sebenarnya yang sedang mengimpikan position yang kita ada sekarang?
Tambahan lagi dengan isu yang sedang hangat dibincangkan sekarang pasal kenaikan gaji minimum RM3100 dimana kesan dia adalah lambakan pengganguran.Saya tidak mahu masuk terlalu jauh dalam perdebatan itu,sebab bukan bidang saya.
Tapi saya cuma mahu doakan sesiapa saja yang sedang struggle mencari kerja...Semoga dalam masa terdekat ni, kamu dipertemukan dengan pekerjaan yang lebih baik.Yang sesuai dengan kelayakan kamu.Yang boleh bagi kehidupan yang lebih baik untuk kamu dan keluarga.
Dan dalam masa yang sama, untuk kita yang masih bekerja...Hargailah detik itu.Selagi perkhidmatan kita masih diperlukan.Selagi kita masih diberi kepercayaan untuk bekerja.Selagi gaji masih masuk setiap bulan...Buatlah Simpanan sebanyak mana yang kita mampu.Kalau rasa sudah kerja bertahun-tahun tapi tiada simpanan,buat la sesuatu.Kalau sudah cuba buat simpanan dalam bentuk duit tapi tidak juga pandai bertambah tu simpanan. Simpan dalam bentuk emas.
Bukan sebab kita tahu bila kita akan kehilangan pekerjaan.Tapi sebab kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.
Bila simpanan kita sudah cukup, kalau ada kemampuan, mari kita buat sesuatu pula.Buat bisnes.Buat income sendiri…..Buat sesuatu yang suatu hari nanti bukan saja boleh membantu diri dan keluarga kita...tapi mungkin satu hari nanti, kita pula yang dapat buka ruang pekerjaan untuk orang lain.Sebab mungkin hari ini kita sedang mencari pekerjaan.
Tapi siapa tahu...10 tahun akan datang, kita pula yang sedang membuka peluang pekerjaan untuk orang lain.
Akhir kata,Bersyukur selalu.Sebab kadang-kadang apa yang kita anggap “biasa” dalam hidup kita...sebenarnya adalah sesuatu yang orang lain sedang berdoa untuk memilikinya.