Friday, May 29, 2026

Dia Resign Selepas 9 tahun Bertahan.

Dia resign selepas 9 tahun bertahan.
HR panggil untuk serah barang milik company dan internal exit interview.

"Apa sebab utama awak nak resign?"
Dia fikir nak cakap jujur atau tidak.

Dia mulai cakap jujur :

"1. Gaji tak naik dalam 3 tahun. 

2. Kerja dah double pun tak ada increment.

3. Tak ada promotion tapi

4. Orang lain belum kerja lama tapi dah naik senior.

5. HR tak nak recognition MBA yang baru saya capai."

HR reply : 
"Oh. Kita akan ambil tindakan untuk improve. Boleh consider untuk stay?"

Dia senyum kelat.
"Sepatutnya benda ni awak HR dah buat 3 tahun lepas bila semakin ramai resign masa tu. Bukan bila saya dah tender resign nak pergi."

Dia teruskan isi borang dan tambah dalam bahagian sebab berhenti kerja :

Saya tak nak stay sini sebabnya :

1. Saya dapat offer lebih S$1,000 - S$1,500 untuk basic salary. HR sini mungkin offer S$500 sahaja.

2. Tempat kerja baru fokus skop sahaja, tak tambah kerja orang lain yang resign jadi double.

3. Promotion orang lain diam-diam macam politaik. Orang baru masuk, pandai buat kerja terus naik pangkat.

4. Saya kerja lebih lama tapi orang yang kemudian dari saya dah naik senior diam-diam.

5. Company baru terima MBA yang baru saya capai.

6. Kenapa bila company ini ada jawatan kosong offer gaji lebih tinggi dari gaji saya?

7. Company baru itu offer 13th month bonus + AWS bonus + WFH allowances + transport allowances + company trip overseas + team building + family day + medical + dental. Company ini tak ada satu pun hanya kerana nak cut cost.

8. Company ini benefit is nothing, tak ada apa-apa cuma gaji basic + medical itu pun kena bayar $15.

Exit interview bukan untuk pekerja yang resign.
Ia untuk syarikat yang lambat sedar diri, organisasi yang toksik, management yang favouritsm dan business owner yang narsistik.

Kredit to Shahrir Ismail

No comments:

Post a Comment