Wednesday, October 30, 2013

Sample of Farewell Notes #15

Assalamualaikum,

Buat pengetahuan semua, hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat di [nama syarikat] . Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu, tunjuk ajar, dorongan dan nasihat yang diberikan sepanjang perkhimatan saya disini terutamanya [Nama] dan [Jabatan]. Jutaan terima kasih juga kepada [Nama] kerana memberi peluang kerjaya serta ilmu yang bermanfaat. Tak lupa juga kepada rakan-rakan [nama syarikat]  yang lain yang banyak membantu dalam menyelesaikan tugasan seharian.

Minta maaf jika ada sebarang kelakuan atau terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja. Harap dihalalkan segala makan dan minum. 

Semoga berjumpa lagi. 

Wassalam
Salam ikhlas, 
[Nama]

Wednesday, October 23, 2013

Sample of Farewell Notes #14

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai tenaga kerja [nama syarikat] sejak setahun yang lalu. terima kasih saya ucapkan kepada  semua tenaga kerja [nama syarikat] yang memberi tunjuk ajar dan kerjasama yang baik  sepanjang saya berada disini dalam menjalankan tugasan yang telah  diamanahkan.



Saya ingin memohon maaf kepada semua tenaga kerja [nama syarikat] atas segala silap dan salah yang telah saya lakukan secara terang mahupun terselindung sepanjang saya berada disini dan juga dihalalkan yang mana-mana terambil, tak sengaja,termakan, terminum dan yang berkaitan dengannya.



Dengan ini saya mengundur diri dari jawatan saya sebagai [jawatan] dari [jabatan] untuk [nama syarikat]


Sekian Terima Kasih